FAROE : KEHILANGAN MARIA
Cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan diantara yang hidup ataupun yang mati. Cerpen ini adalah sequal dari cerpen kehilangan lily namun berpandukan pada watak, latar belakang dan tempat yang berbeza.seperti biasa, cerpen ini adalah di dalam slang sabahan agar pembacaan lebih santai. Enjoy sabahan hehe.
Waktu tu hari sudah malam. Si maria, mama kepada shantia dan nina kerasukan. Si Maria berteriakkan dan bercakap didalam bahasa asing yang tidak di fahami oleh semua orang yang ada di situ. Sama-sama dengan ahli keluarga si maria masa tu adalah beberapa orang ahli paranormal yang cuba membantu si maria untuk melepaskan diri dari genggaman iblis yang merasuk dia masa tu. Tangan dan kaki si maria kena peggang tapi tetap juga dia meronta-ronta dengan kuat dan berteriakan sambil bercakap di dalam bahasa asing yang tidak di fahami oleh semua orang yang ada di rumah masa tu. Lepas saja tu ahli paranormal membacakan mantera dan abu hitam kena sapu di dahi si maria, tiba-tiba si maria terapung di udara sambil dia berteriak dengan satu kali lepas saja tapi teriakkan yang sangat panjang dan nyaring. Dan lepas tu si maria diam, dan tiba-tiba dia jatuh di atas lantai dan pingsan.
Setahun kemudian…
Si shantia duduk di depan laptop dan sibuk mengupdate kerja-kerja office dia. Kadang-kadang dia melihat di luar jendela di depan dia sebab hujan turun dengan sangat lebat. Tiba-tiba lonceng rumah dia berbunyi sebanyak 3 kali. Si shantia mengeluh panjang. “siapa juga yang datang malam-malam begini ni” bisik hati si shantia lalu dia berdiri dan berjalan menuju pintu utama di belakang dia. Si shantia buka pintu. Terkejut si shantia bila dia Nampak mama dia si maria berdiri di depan pintu basah kuyup sebab hujan. “mahhh” bilang si shantia dengan nada suara yang kuat. Lalu si shantia menarik si maria masuk di dalam rumah. Banyak soalan-soalan yang si shantia Tanya dengan si maria, tapi si maria diam saja sambil pelan-pelan si maria duduk di atas sofa sebelah kiri berdekatan dengan tu pintu. Tiba-tiba telepon si shantia bersebelahan dengan laptop dia berdering. Si shantia berpaling di belakang lepastu dia berpaling lagi sama si maria seketika sebelum dia laju-laju jalan sambut panggilan telefon dia. “hello kak…” kedengaran suara si nina, adik si shantia di dalam telefon. “kak.. si mama, hilang. 1 minggu sudah dia tiba-tiba hilang. Sorry kak baru sekarang saya bagitau kau” bilang si nina dengan nada suara yang perlahan dan rasa bersalah.
si shantia berpaling kearah si maria dan mau cakap yang si maria ada sama-sama dengan dia. Tapi, sebelum dia sempat buka mulut, si maria hilang. Si shantia diam seketika. Dia kehairanan sambil mata dia tercari-cari di mana si maria. Lepas tu laju-laju si shantia jalan pg dekat tu sofa. “mah!!’ si shantia memanggil. Lepastu dia chek semua ruang di dalam tu rumah, di dapur, di tandas, di bilik, di ruang tamu. Tapi tetap juga dia tidak jumpa si maria. Pelan-pelan si shantia jalan dekat tu sofa tempat si maria duduk. Si shantia hairan sebab tu sofa dan lantai tidak basah padahal masa si maria masuk, dia basah kuyup kena hujan. “astaga.. kalau bukan mama, siapa pula yang saya bawa masuk tadi”. Bisik si shantia di dalam hati. Dan selepas saja si shantia sedar yang si nina masih lagi di dalam telefon, pelan-pelan si shantia angkat tangan dia dan dia kasi dekat telefon dia di telinga dia. “halow nina, esok saya balik kampong” bilang si shantia dengan nada yang perlahan tapi kedengaran sangat tegas.
Keesokan hari…
Selepas saja si shantia menelefon office tempat dia kerja yang dia cuti emergency sebab si maria hilang, laju-laju si shantia keluar rumah, tutup pintu, kunci pintu dan pusing belakang. Lepas saja si shantia pusing dan mau melangkah, dia terdiam seketika. Dahi si shantia berkerut sambil berfikir sesuatu. Pelan-pelan dia pusing balik menghadap pintu rumah. Dia cucuk balik kunci di tombol pintu, Dia kasi pusing tombol pintu pastu dia tolak pelan-pelan. Kemudian mata dia terpanah pada kalung di atas sofa tempat si maria duduk semalam. Pelan-pelan si shantia jalan dan dengan ragu-ragu lagi dia mau ambil tu kalung. Kalung rantai silver dengan buah berbentuk segi 3 dan ada lambang mata di tengah-tengah. Berkerut dahi si shantia masa tu. “ siapa punya kalung ni”. Bisik si shantia di dalam hati. Tiba-tiba si shantia teringat pasal penerbangan dia pada jam 10am nanti. Tidak lagi dia fikir panjang, terus si shantia kasi masuk tu kalung dalam poket jeket dia. Pastu dia keluar dan tutup pintu. Dan masa si shantia tarik tu pintu, ada sesusuk lembaga hitam tinggi berdiri depan tu pintu di dalam rumah. Tapi si shantia tidak perasan sebab mata dia tertumpu pada tombol pintu.lepas saja dia sudah kunci tu pintu, terus si shantia laju-laju pusing belakang.
Si shantia sudah dapat teksi. Dan sepanjang perjalanan menuju airport, si shantia diam saja duduk dekat jendela di belakang pemandu teksi. Pelan-pelan tu pemandu teksi tengok di belakang melalui cermin depan. Berkali-kali tu pemandu teksi tengok belakang sebelum dia meneggur si shantia. “mmm.. sia lupa sudah, di mana kamu dua mau turun kamu bilang tu tadi”, bilang tu pemandu teksi dengan nada suara yang sopan. Besar mata si shantia. Laju-laju dia tengok muka tu pemandu teksi. “pacik.. saya 1 orang saja ni di belakang” bilang si shantia dengan nada suara yang tegas. Lepas saja si shantia becakap, tiba-tiba tu pemandu teksi terkejut. Berkali-kali dia kasi kedip-kedip mata dia sambil dia menghadap di luar jendela. Nafas tu pemandu teksi pun tiba-tiba deras. Kehairanan si shantia sambil berkali-kali dia tengok di sebelah dia padahal tiada juga siapa-siapa di sana. “mmm… ehh.. mana..mana.. kau turun kau..bilang ta..tadi tu”. Bilang tu pemandu teksi dengan suara yang tiba-tiba gagap. Berkerut dahi si shantia seketika. “saya turun di airport”. Bilang si shantia sambil dahi dia masih lagi berkerut. Lepas tu si shantia tengok lagi di sebelah dia yang tiada juga siapa-siapa di sana.
Sekitar jam 13:05 , Si shantia pun sudah berada di dalam kapal terbang dan bersedia sudah untuk berlepas dan menuju ke vagar.
Bangku si shantia ni di tengah-tengah dan kiri kanan dia ni lelaki umuran sekitar 40an macam tu. Dan memandangkan ni lelaki sebelah dia pun masing-masing sibuk dengan laptop dorang jadi si shantia ambil keputusan untuk dengar lagu guna headphone dan cuba untuk tidur memandangkan penerbangan dorang mengambil masa selama 2 jam 15minit untuk menuju ke vagar airport pulau faroe. Lepas saja si shantia kasi main lagu , dia pun bersandar dan tutup mata. Sekitar 15 saat macam tu, tiba-tiba bukan lagu yang si shantia dengar di headphone dia tapi suara yang menyeramkan, suara garau yang sedang marah dan berteriak. “shantiaaaaa…. Jangan balikkkkkk!!!”
Terkejut si shantia tapi dia tidak teteriak juga. Cuma laju-laju dia buka headphone dia. Berkeras si shantia seketika sambil dia cuba mengawal pernafasan dia yang deras. Muka dia pun buruk sudah mau menahan ketakutan. Pelan-pelan si shantia tengok orang yang duduk di kiri kanan dia. Masing-masing dengan hal sendiri. Dorang tidak perasan yang si shantia a nad telumpat sebab terkejut.
Si shantia tutup mata dia seketika sambil dia menghembus nafas lega. “astaga.. imagination betul”. Bisik hati si shantia sambil dia kasi betul dia punya posisi. Lepastu dia kasi off mp3 dia, dia simpan headphone dia di dalam bag yang dia letak di bawah kaki dia.
Dan tidak lama tu, datang tu pramugari sambil menyurung troli mau mengedar makanan. “shantia vlak”. Bilang tu pramugari dengan suara yang lembut dan sopan sebab dia mau chek boarding pass si shantia untuk makanan. Baru si shantia mau angkat kepala dia, tiba-tiba laju tu pramugari kasi dekat muka dia yang buruk begiuk di depan muka si shantia sambil dia cakap denga nada suara yang garang “saya bilang…. Jangan balikkkkk!!”
Terkejut si shantia sampai dia teriak sambil dia tutup mata dia sama telinga dia. Deras nafas si shantia tapi dia tidak menangis juga. Diam ja semua orang selama beberapa saat. “ miss.. kau ok kah”. Lelaki yang di sebelah kiri si shantia menegur sambil dia sentuh bahu si shantia. Tekejut si shantia. “mmm.. miss. Kau ok. Ada apa-apa yang kami bole bantu”. Bilang tu pramugari sambil dia gusuk-gusuk tangan si shantia dan lepas tu dia gusuk-gusuk belakang si shantia. Pelan-pelan si shantia buka mata dia. Kehairanan si shantia sebab dia Nampak tu pramugari bukan dengan muka yang buruk begiuk tapi dengan muka yang cantik a nada makeup yang perfect. Diam si shantia seketika. Dan lepas saja dia sedar yang semua orang menigu tempat dia. Pelan-pelan si shantia buat senyuman palsu sambil dia kasi bagus posisi dia sambil dia geleng-geleng kepala dia. “ehh.. saya ok juga. Saya mengiggau ja tadi tu” bilang si shantia sambil dia senyum-senyum palsu.
Sesampainya si shantia di vagar airport. Tiba-tiba turun hujan dengan sangat lebat. Berlarian semua orang. Ada yang lari masuk dalam kereta, ada yang lari masuk dalam airport. Tapi si shantia berdiri ja depan gerbang ketibaan. Diam ja si shantia sambil fikiran dia berfikir dengan kejadian yang terjadi di dalam tu kapal terbang.
“shantia!” bilang tu suara memanggil dari kereta di seberang jalan di depan si shantia. Si mez, sepupu pertama si shantia. Dorang ada berhubung sebelum si shantia datang di vagar pulau faroe. Tapi diam ja si shantia dia tidak perasan tu suara si mez memanggil. Ada beberapa kali juga dia memanggil sebelum si mez lari keluar dari tu kereta.
“shantia”. Bilang si mez sambil tersenyum. Dia pukul belakang si shantia tapi tidak kuat. Tekejut si shantia sambil mata dia tercari-cari padahal di depan sudah si mez berdiri. Terus hilang senyuman si mez lepas dia Nampak si shantia terkejut. Ada beberapa saat juga si shantia diam dan dia tengok ja mata si mez. Lepas tu dia senyum dan terus laju-laju dia peluk si mez.
“mez.. lama tidak jumpa” bilang si shantia sambil dia masih peluk lagi si mez. Tidak lama tu si shantia kasi lepas pelukan dia. Betingu ja dorang selama beberapa saat.
“10tahun sudah kita tidak jumpa tapi kau masih juga macam yang dulu”. Bilang si mez sambil tersenyum. Senyum ja si shantia sambil dia tunduk lepas dengar tu 10tahun. Sebab dia teringat kejadian 10tahun yang lalu. Kejadian yang menyebabkan dia tidak pulang di pulau faroe selama 10tahun.
Sebenarnya 10tahun lalu, si shantia memang suka hidup di pulau faroe sebab dia ada simpan perasaan sama si mez. Tapi dia tidak pernah kasi tau sama si mez atau sama siapa-siapa. Si mez layan si shantia dengan baik, si mez selalu kasi habis masa sama-sama si shantia. Si shantia memang tau juga kenapa si mez baik sama dia sebab dorang sepupu, sebab itu lah si mez baik betul sama dia tapi si shantia tidak kisah. Yang penting dia merasa sangat bahagia biarpun hanya mampu pendam perasaan saja sama si mez. Sehingga lah satu hari ibubapa si mez mau kasih jodoh dorang dua. Happy betul si shantia masa tu. Tapi mama si shantia, si maria dengan tegasnya tidak bersetuju. Bilang si maria “saya sanggup lagi kematian anak saya daripada keturunan kita sendiri, darah daging kita sendiri di kasi kawin” dia bilang. Betapa hancurnya hati si shantia masa tu. Jadi lepas saja dapat tawaran belajar di Copenhagen, sana lah si shantia tidak pernah lagi balik di pulau faroe. Hari krismas, hari jadi, apa-apa majlis pun si shantia tidak balik dengan alasan dia sangat sibuk dengan kerja dia.
Sepanjang perjalanan ke Gasadalur, diam saja si shantia sambil dia kasi sandar kepala dia di cermin jendela kereta. Mau beberapa kali juga balik-balik si mez tengok si shantia sebelum dia menegur. “shantia.. kenapa kau diam saja. Bukan selalunya kau kuat becakap kuat ketawa katu”. Bilang si mez sambil tersenyum. Si shantia menghembus nafas panjang dan lepas tu dia kasi tegak posisi dia sambil dia tersenyum sama si mez. “tiada juga. Saya Cuma penat ja”. Bilang si shantia.
Sebelum dorang limpas ni 1 rumah, ada seorang pakcik di depan tu rumah, nama dia vaswan. Dari yang dorang 300meter sebelum sampai tu rumah lagi memang tu pakcik tengok-tengok sudah tu kereta dorang. Sampai ja depan tu pakcik, si mez kasi perlahan tu kereta sambil dia kasi turun cermin jendela. Di luar masih lagi hujan rintik-rintik. “vaswan, kami limpas dulu”. Bilang si mez sambil dia senyum dan dia angkat tangan dia. Tapi si vaswan tidak balas salam si mez. Diam ja si vaswan. Besar mata si vaswan dan mulut dia terngangah sambil dia tengok ja di atas atap tu kereta si mez. Tu muka dia pun kelihatan takut betul.
Dan rupa-rupanya si vaswan Nampak ada lembaga hitam menyiarap di atas tu kereta si mez. Panjang lida, panjag rambut beralun dan ada asap hitam sekeliling tu badan lembaga hitam. Tajam pandangan tu lembaga hitam sama si vaswan.
Si mez kehairanan sampai dia kasi berenti tu kereta dia. Balik-balik dia tengok c vaswan pastu dia tengok di atas kereta, sampai dia turun lagi dari tu kereta mau tengok di atas tu kereta tempat si vaswan tengok dari tadi lagi. Tapi tiada apa-apa juga yang si mez Nampak. Si shantia pun tiba-tiba rasa macam tidak sedap hati dengan tingkah laku si vaswan. Terus si shantia balik-balik paksa si mez cepat-cepat masuk kereta, cepat-cepat kasi jalan tu kereta.
Lepas sudah dorang limpas tu rumah si vaswan. Diam dorang 2. Masing-masing pun berfikir apa yang si vaswan Nampak di atas kereta si mez. Tapi si shantia memang dia agak sudah mesti ada sesuatu yang si vaswan Nampak.
Tidak lama tu, akhirnya dorang sampai di rumah keluarga si shantia. Tapi tu rumah memang tiada penghuni sejak si maria hilang. Bapa si shantia,si markus tinggal sama-sama dengan si nina, adik si shantia. Rumah si nina dan suami dia memang tidak juga berapa jauh, sekitar 100 meter di bawah bukit memandangkan ni lokasi rumah keluarga si shantia ni sedikit tinggi.
Pelan-pelan si shantia buka tu pintu kereta. Pelan-pelan dia kasi keluar kaki dia sambil mata dia meningu-ningu sekeliling tu rumah. Tu rumah tidak banyak yang berubah sejak kali terakhir dia tinggal di sana Cuma ada sedikit usang dan cat tu rumah pudar-pudar sudah.
“sejak mama kau hilang, memang tiada sudah yang tinggal di sini, bapa kau sekarang tinggal sama-sama si nina”. Bilang si mez.
Si shantia diam saja sambil dia kasi alih pandangan dia sama si mez dan lepas tu dia tunduk seketika sebelum dia kasi alih pandangan dia di rumah.
“kak” suara si nina dari belakang dorang si shantia.laju si shantia pusing sebab dia kenal betul tu suara siapa punya. Lepas saja si shantia pusing, teberhenti sekejap langkah si nina. Muka si shantia yang murung terus betukar gembira lepas saja dia Nampak si nina di depan dia. “nina” bilang si shantia sambil dia berlari tempat si nina. Berpelukan dorang sambil dorang menangis kegembiraan sebab sudah 10 tahun dorang tidak berjumpa.
Betingu saja dorang dan lepas tu bepeluk lagi sebelum si mez datang dekat dorang. “jangan lah kamu nangis, macam saya pun terikut sedih pula” bilang si mez sambil tersenyum. Ketawa si shantia sama si nina sambil masing-masing lap air mata.
“bah.. mari lah kita pergi di rumah saya, ramai sudah tu orang di sana”. Bilang si nina sambil dia yang deluan jalan. Si shantia sama si mez diam saja sambil dorang ikut si nina dari belakang.
Masuk saja si shantia dalam tu rumah, terus semua mata-mata meningu tajam tempat si shantia. Tediam si shantia. Muka dia pun terus jadi merah sebab malu. Macam-macam dalam fikiran dia sebab 10 tahun sudah dia tidak pulang. Mula lah kedengaran suara-suara bebisik-bisik becakap pasal si shantia. Tapi si shantia diam saja sambil dia ikut si nina dari belakang. Si nina peggang tangan si shantia, dia bawa si shantia masuk di 1 bilik.
Dan di dalam tu bilik, ada bapa si shantia. Duduk di atas katil sambil dia menghadap jedela. Terdiam si shantia. Lama juga si shantia tengok ja bapa dia sebelum dia kasi alih pandangan dia tempat si nina. Si nina pun diam sekejap sambil dia senyum ja tengok si shantia.
“sejak mama hilang, begini lah jadi sama bapa. Diam ja tidak becakap sama saya, sama siapa-siapa. Mau suruh dia makan pun susah”. Bilang si nina dengan nada suara yang pelan.
Diam si shantia. Tiada yang dapat dia cakap. Lepas tu si nina bawa si shantia di bilik tempat si shantia akan tidur. “ sini bilik kau”. Bilang si nina sambil tersenyum. Diam ja si shantia. Tunduk ja dia. Pelan-pelan si nina jalan pergi dekat si shantia.
“kak.. saya sangat gembira akhirnya kau pulang juga” bilang si nina sambil tersenyum dan dia peggang tangan si shantia. Si shantia diam saja sambil dia senyum dan dia tengok ja mata si nina. Dan lepas tu si shantia tunduk sekejap sebelum dia tengok si nina.
“macam mana mama hilang” bilang si shantia dengan wajah dia yang sangat serius. Si nina menghembus nafas panjang, dan lepas tu dia bawa si shantia duduk di atas katil. Betingu ja dorang sekejap.
“begini bah tu. Kau tau jugakan pekerjaan mama tu apa. dia bomoh. Dia kasi ubat orang-orang sakit. Tapi 1 tahun yang lalu mama balik-balik kerasukan. Banyak juga orang-orang tolong mama. Ahli paranormal pun ada juga datang tapi tiada yang dapat kasi halau tu kuasa kegelapan yang ganggu mama. Sampai 1 hari tu mama sembuh sendiri. Siou.. kak, saya tidak kasi tau kau selama ni sebab mama.. mama tidak mau kami kasi tau kau. Jadi 1 minggu yang lalu tu, tiba-tiba ja mama berubah. Kadang-kadang waktu malam dia macam begaduh sama seseorang di luar rumah tapi kami pun tidak tau sama siapa. Kadang-kadang tu mama teriak macam yang kesakitan. Makan pun jarang. Kalau malam kan, dia selalu keluar rumah. Kami pun tidak berani ikut mama di mana dia pergi sebab ada lembaga hitam yang jaga dia, ada lembaga hitam yang mau menghalang kami. Dan lepas tu .. sampai sekarang mama hilang. Polis, orang-orang kampong pun sudah bekerja sama juga mencari hampir di semua tempat di faroe tapi masih juga tiada apa-apa tanda yang dorang jumpa’.
Lepas saja dengar penjelasan si nina, terdiam si shantia. Kusut fikiran dia mau proses semua yang si nina cakap. Dia pun tidak tau betul kah apa yang si nina cakap. Tapi si shantia teringat dengan kejadian di kapal terbang. Diam ja dorang seketika.
Tiba-tiba si shantia tengok si nina. Tekejut si nina. “nina. Ni malam saya mau tidur di rumah kita”. Bilang si shantia dengan serius.
“tapi kak”. Bilang si nina dengan wajah yang sedikit risau.
“nina..jangan risau.” Bilang si shantia sambil tersenyum.
Jam 5:40pm. Semua orang yang datang melawat pun sudah balik. Si shantia letak beg dia di tangga rumah. Lepas tu dia dekat si nina dan suami dia. Si shantia peggang tangan si nina. Besenyum ja dorang. “esok pagi saya hantar kau sarapan” bilang si nina sambil tersenyum.
“aii..jangan lah. Susah-susah saja. nanti jam 7 saya sama si mez beli juga barang-barang di kedai. Masih buka tu kedai sana depan kan”. Bilang si shantia sambil dia meningu tempat si mez. Senyum ja si mez.
“bah. Yala. Esok jangan lupa datang sini lah. Kita cerita-cerita”. Bilang si nina sambil dia peluk si shantia.
Tidak lama tu si shantia sama si mez pun jalan. Dan sepanjang perjalanan menuju rumah lama dorang si shantia, diam ja dorang 2. Tunduk ja si shantia dan kadang-kadang dia meningu sekeliling. Si mez pun senyum ja menigu tempat si shantia.
Rasa macam 1 minit saja perjalanan dorang, akhirnya dorang di depan rumah sudah. Betingu dorang sekejap. “kau ok juga 1 orang”. Bilang si mez sambil dia passing tu beg si shantia tempat si shantia. Angguk-angguk ja si shantia sambil tersenyum.
“kalau ada apa-apa kau call saja saya arh”. Bilang si mez sambil tersenyum.
“eya “. Bilang si shantia sambil dia sambut tu beg yang si mez pass tempat dia. Pelan-pelan si shantia naik tu tangga rumah sambil dia balik-balik meningu sama si mez.
“pulang lah”. Bilang si shantia. Senyum ja si mez sambil dia pusing pergi di kereta dia. Lama juga si shantia berdiri tengok tu kereta si mez hilang di selekoh jalan. Dan lepas tu si shantia pusing menghadap pintu tu rumah. Diam si shantia sekejap. Pelan-pelan dia kasi pusing tu tombol pintu dan lepas tu dia tulak tu pintu pelan-pelan. Gelap ja dalam tu rumah sebelum si shantia kasi on suis lampu.
Meningu ja si shantia di sekeliling tu ruang tamu sambil dia kasi hembus napas panjang. “saya tidak sangka-sangka akan balik sini rumah”. Bisik hati si shantia. Tiba-tiba tu mata dia tertumpu sama 1 fram gambar di atas meja di depan dia. Pelan-pelan si shantia melangkah dan lepas tu dia ambil tu gambar, gambar dia, si nina dan ibu bapa dia masa umur dia 12 tahun dan si nina 10tahun. Senyum ja si shantia dan dia tidak sedar tiba-tiba mengalir air mata dia. Laju-laju si shantia lap air mata dia. Dan lepas tu dia letak tu gambar di atas meja.
Pelan-pelan si shantia masuk dalam ni 1 bilik, bilik dia masa dia belum pindah dari tu pulau faroe. Pelan-pelan si shantia meningu sekeliling tu bilik yang tidak banyak berubah. Senyum ja si shantia sambil dia letak beg dia di atas katil.
Tiba-tiba tu bekerut dahi si shantia lepas saja dia kasi masuk tangan dia di dalam poket jaket dia. Diam si shantia sekejap. Pelan-pelan dia kasi keluar tangan dia sambil dia peggang ni 1 kalung. Kalung yang mula-mula dia jumpa di atas sofa sebelum dia jalan. Dia pun hampir-hampir lupa pasal tu kalung. Lama juga dia tingu-tingu tu kalung sambil dia kehairanan.
Tiba-tiba ada suara memanggil. “shantiaaaa”. Tu suara kedengaran macam jauh. Tekejut si shantia. Laju-laju dia pusing belakang. Diam dia sekejap sambil dia menunggu kalau-kalau ada lagi memanggil. Tiba-tiba ada lagi memanggil. “shantiaaaa”. Kali ni dekat sudah tu suara sambil ada bunyi tapak kaki mau naik tangga. Si shantia tutup mata dia sekejap sambil dia menghembus nafas lega sebab dia ingat tu suara, suara si nina. “nina..kenapa, saya di atas ni”. Bilang si shantia sambil dia jalan keluar dari tu bilik. Dan masa dia di tangga, teberenti si shantia. hairan dia sebab tiada juga siapa-siapa di tangga padahal dia ada dengar tapak kaki mau naik. Diam si shantia sekejap sambil dia meningu-ningu di bawah. “nina”. Bilang si shantia dengan suara yang ketakutan. Tiba-tiba bebunyi telefon si shantia. “arhhh”. Bilang si shantia sambil dia telumpat sebab tekejut. Tunduk si shantia sekejap sambil dia kasi hembus nafas panjang-panjang. Si shantia kasi bagus posisi dia dan dia pusing membelakang tu tangga sebelum dia sambut tu panggilan.
“helo”. Bilang si shantia.
“shantia, kau sudah siap kah. Kita mau pergi kedai beli barang . saya dalam perjalanan sudah ni di rumah kamu” bilang si mez.
“aii..belum. hampir saya lupa. Kejap saya mandi dulu. Kalau kau sampai, kau masuk saja tunggu saya di ruang tamu”. Bilang si shantia terus dia tutup panggilan. Dan masa si shantia tutup panggilan , tiba-tiba ada lembaga hitam tinggi berdiri di belakang si shantia. panjang rambut, ada asap hitam di sekeliling tu lembaga. Tapi si shantia tidak sedar. Dia terus jalan ja masuk dalam bilik dia.
Diam ja si shantia sekejap di depan katil dia sambil dia tingu-tingu tu kalung yang dia peggang. Si shantia tarik nafas panjang-panjang lepas tu dia kasi hembus sambil dia tutup mata. Lepas tu dia jalan di meja dan dia kasi masuk tu kalung di dalam laci. Si shantia buka jaket dia, baju dia, seluar dia pastu dia kasi keluar tuala dia dari beg dan dia masuk dalam kamar mandi di dalam tu bilik dia juga.
Si shantia kasi hidup shower pastu dia berdiri di bawah tu shawer sambil dia tutup mata dan dia gusuk-gusuk badan dia, kepala dia, muka dia. Tiba-tiba si shantia dengar suara mama dia. “shantia.. kenapa kau balik”. Bilang tu suara dengan nada yang sedih. Laju-laju si shantia buka mata dia dan dia kasi mati tu air shower. Laju si shantia pusing belakang. Diam dia sekejap. Tapi tiada juga apa-apa. lepastu pelan-pelan si shantia pusing sambil tangan dia kasi pusing yang paip shower. Tiba-tiba ada lagi tu suara. Tapi ni kali beteriak tu suara. “arhhhhhhhh!!”.
Tekejut si shantia sambil dia pun terikut teriak. Laju dia kasih mati tu air shower. Ketakutan sudah muka dia sambil deras nafas dia. Diam si shantia sekejap. Pelan-pelan dia ambil tuala dia dan pastu dia kasi lilit tu tuala di badan dia. Pelan-pelan si shantia tulak tu pintu kamar mandi. Bediri si shantia di depan tu pintu kamar mandi sambil dia meningu-ningu di sekeliling tu bilik dia tapi tiada apa-apa juga. “mez. Keluar lah kau. Sia tau juga kau tu kan mau kasi takut-takut” bilang si shantia dengan nada suara yang ketakutan. Focus si shantia mau mendengar kalau-kalau ada bunyi tapi tiada apa-apa juga. pelan-pelan si shantia jalan pg di katil dia. Laju-laju dia kasi keluar semua baju dia dan pilih-pilih baju yang dia mau pakai. Tiba-tiba tu bebunyi tu tangga. “krekkkk”. Macam ada orang yang jalan naik tu tangga. Tediam si shantia. tiba-tiba bebunyi lagi tu tangga. “krekkkk”. Terus si shantia tarik nafas panjang-panjang sambil pelan-pelan dia pusing belakang. Besar mata si shantia meningu di pintu tapi tiada juga apa-apa. tiba-tiba ada bunyi lagi “krekkk” “krekkk” “krekkk” bilang tu bunyi tangga. Dan pastu berhenti. Ada 5 saat juga diam ja tu tangga. Bekeras si shantia sambil ketakutan. Tajam tu mata si shantia meningu di pintu bilik dia. Tiba-tiba terus keluar lembaga hitam panjang rambut ada asap di sekeliling badan tu lembaga. Laju tu lembaga hitam terbang dekat tempat si shantia. betul-betul dekat betul di muka si shantia. “keluar dari ni rumah!! Keluar dari ni pulauuuuuu!!” bilang tu suara lembaga sambil teriak dengan garang betul sama si shantia. teriak si shantia sambil dia tutup mata. sampai si shantia rabah di atas katil. “arhhhhh..arhhhh..arhhhh” bilang si shantia sambil dia kasi tendang-tendang kaki dia.
Tiba-tiba ada yang pg peggang si shantia. teriak lagi si shantia sambil dia pg tendang, pg pukul-pukul. “shantia!! shantia!!... kenapa ni, kenapa kau!!” bilang si mez sambil dia tangkis-tangkis tu pukulan sama tu tendangan si shantia. terdiam si shantia lepas saja dia dengar suara si mez. Pelan-pelan si shantia buka mata dia. Betul-betul si mez di depan dia. Bekerut dahi si mez sambil dia kehairanan sebab Nampak si shantia macam tu. Laju-laju si shantia berdiri dan terus dia peluk si mez sambil dia nangis-nangis. “kenapa kau shantia”. bilang si mez dengan nada suara yang risau. Tapi si shantia tidak balas si mez. Nangis ja si shantia.
Lepas ja si shantia pakai baju, si mez bawa si shantia keluar dari tu rumah dan dorang laju-laju jalan pg di rumah si nina. “toktok..toktok..tokko!!”. kuat si mez ketuk tu pintu rumah. Dan tidak lama tu si nina buka tu pintu. “mez ..shantia. kenapa ni”. Bilang si nina sambil dia kerisauan sebab Nampak si shantia nangis-nangis. Diam ja si mez. Dia terus masuk dalam rumah sambil dia bawa si shantia. si mez kasi duduk si shantia di sofa. Masih lagi nangis-nangis si shantia. “kenapa. Apa yang terjadi sama si shantia ni”. Bilang suami si nina sambil dia dukung-dukung anak dorang yang baru umur 4tahun.
“sayang. Nanti saya cerita. Kau bawa dulu anak kita dalam bilik”. Bilang si nina . diam suami si nina sambil laju-laju dia masuk dalam bilik.
Pelan-pelan si mez dekat si nina. Panjang betul hembusan nafas si mez. “saya sampai di rumah mama kamu tadi, saya dengar si shantia teriak-teriak di dalam. Laju sia belari masuk tu rumah dan lepas tu sia namapk si shantia baring-baring di katil sambil dia macam ni. Sia Tanya kenapa tapi dia tidak jawab saya. Nangis ja dia”. Bilang si mez dengan nada suara yang risau betul. Diam si nina. Tidak tenang sudah tu muka dia.
“memang si shantia kena kacau oleh hantu si mama lah ni macam ni”. Bisik hati si nina. Terus laju-laju dia tarik tangan si mez dia bawa si mez jauh dari si shantia.
“kau taukan mama kami ada piaraan. Memang dari dulu lagi ramai sudah orang-0rang kampung yang kena kacau. Saya rasa tu hantu tidak suka si shantia ada dalam tu rumah mama kali”. Bilang si nina berbisik sama si mez. Diam si mez lepas saja dia dengar kata-kata si nina.
“bukan mama kau selalu tolong kasi sembuh orang-orang sakit kah. Selama ni belum pernah pula kita 1 keluarga kena kacau oleh piaraan mama kau” bilang si mez sambil berbisik juga.
Diam si nina sekejap sambil dia tarik nafas dalam-dalam. “mez… itu mama masih hidup. Sekarang mama tiada sudah. Mungkin tu piaraan mama marah sebab tiada sudah yang kasi makan dia”. Bilang si nina dengan muka dia yang marah. Diam si mez, dia pun tidak tau mau jawab apa sebab dia pun tidak tau apa-apa pasal mama dorang si nina. Tunduk si mez sekejap. Pastu pelan-pelan dia angkat kepala dia. Si mez kehairanan kenapa tiada sudah dia dengar suara si shantia menangis. Laju-laju dia lari pg tempat si shantia. terdiam si mez lepas saja dia Nampak si shantia tiada di sofa. “shantia!!” bilang si mez beteriak memanggil sambil tidak tentu arah sudah tu mata dia mau meningu di sekeliling tu rumah.
“bakkkk” kuat tu pintu rumah si shantia tulak. Betul-betul marah sudah si shantia masa tu, sebab tu lah dia berani datang balik di rumah dorang. Deras nafas si shantia sambil tidak tentu arah tu mata dia meningu atas bawah, kiri kanan. “oiiii… hantu. Keluar kau!!. Apa kau mau haaa!!” bilang si shantia teriak-teriak. “kenapa kau suruh saya keluar dari ni rumah!! Dari ni kampung saya, kampung tempat saya lahir!! Bilang si shantia teriak-teriak. Pusing-pusing si shantia , lepastu laju dia naik tu tangga sambil dia kasi hempas-hempas kaki dia. Si shantia masuk dalam bilik dia, dia buka tu laci lepastu si shantia ambil tu kalung. Deras nafas si shantia sambil nangis-nangis si shantia. lama juga dia tingu tu kalung sambil dia nangis-nangis. “sebab ni kalung lah ni kan. Sebab ni kalung lah ni kau kacau saya!!” bilang si shantia teriak-teriak. Lepastu si shantia kasi hempas tu kalung di lantai. Tapi belum sempat si shantia kasi hempas tu kalung. Tiba-tiba terangkat badan si shantia di udara. Lepastu kena hempas si shantia di dinding. deras nafas si shantia. dia mau teriak pun tidak dapat. Dia mau sentuh kaki dia di lantai pun tidak dapat. Tiba-tiba keluar tu lembaga hitam panjang rambut dan ada asap hitam sekeliling dia. Berdiri ja tu lembaga hitam di depan si shantia. besar mata si shantia. dia mau teriak tapi tidak dapat. Meronta-ronta sudah si shantia tapi tetap juga dia tidak dapat begerak. “haaaaaaaahhhh” bilang tu suara lembaga, macam bunyi nafas yang kena lepas panjang-panjang sambil laju dia terbang pg tempat si shantia. dan masa tu lah terus si shantia tidak sedarkan diri.
Pelan-pelan si shantia buka mata dia. Dia kasi pusing kepala dia mau menghadap jendela. Cerah di luar sebab siang sudah. Tidab-tiba dia teringat kejadian semalam. Laju-laju si shantia bangun sambil mata dia tercari-cari sesuatu. “kak.. kau ok” bilang tu suara si nina sambil dia laju-laju pg tempat si shantia. dia duduk di sebelah si shantia sambil dia peggang tangan si shantia. angguk ja si shantia sambil dia tersenyum. “apa yang terjadi sama saya semalam” bilang si shantia, lemah tu suara dia.
“kau balik sini rumah semalam, saya sama si mez kejar kau. Tapi bila kami naik sini bilik, kau pengsan sudah sana lantai”. Bilang si nina dengan penuh kerisauan. Diam ja si shantia sambil dia mengingati tu kejadian lembaga hitam. Tunduk si shantia sekejap. Tidak lama tu dia senyum tempat si nina sambil dia gusuk-gusuk tangan si nina. “saya lapar” bilang si shantia sambil ketawa. Senyum si nina. Pastu dorang berdiri dan dorang turun pg di dapur.
“shantia.. kau ok sudah. Risau kami semalam”. Bilang si mez sambil dia susun-susun tu piring, gelas di atas meja.
“mmm” bilang si shantia sambil dia angguk-angguk dan senyum.
“bah.. kamu sarapan lah dulu. Sia balik dulu sekejap, lupa pula saya ada laki sama anak di rumah belum makam”. Bilang si nina sambil senyum. Angguk ja si shantia. dan lepas tu si nina pun jalan kasi tinggal si shantia sama si mez di dalam tu rumah.
Si shantia sama si mez duduk di kaki lima sambil dorang minum kupi. Diam ja dorang sekejap tidak bercakap. Dan lepas tu si shantia kasi cerita lah sama si mez apa yang terjadi semalam, apa yang terjadi dengan dia sebelum dia sampai di pulau faroe, dia kasi cerita macam mana dia Nampak mama dia masa yang kuat hujan dan pasal tu kalung, dia kasi cerita semua sama si mez. Hampir menangis juga si shantia tapi air mata dia tidak juga mengalir.
Diam ja si mez sambil dia peggang tangan si shantia. tiada yang dapat si mez cakap. Dia rasa macam tiada yang dia dapat tolong melainkan dekat sama si shantia, kasi kawan si shantia di sana rumah.
Tiba-tiba tu si mez teringat sesuatu, “kau ingat kah sebelum kau masuk kolej di Copenhagen, si anti ada tilik nasib kau, dia cakap.. kau akan belajar di tempat yang jauh dan bekerja dan Berjaya dalam hidup, betul-betul terjadi juga sekarang”. Bilang si mez. “mau kah.. kalau kita jumpa dia, kita Tanya dia apa yang kacau kau”. Bilang lagi si mez. Laju si shantia tengok si mez sambil marah tu muka dia.
“mez. Cukup . cukup lah selama saya hidup, hanya mama dengan tu piaraan dia saja yang pernah ada dalam hidup saya, selama ni saya betul-betul di hantui oleh mama, oleh pekerjaan dia. Kau ingat saya suka kah dengan semua ni, kau ingat saya suka kah mama jadi bomoh, masuk hutan sana sini , tiap malam pg jumpa hantu dia, hampir setiap masa yang dia fikir tu pasal hantu dia saja. sia kena kacau sekarang ni pun saya tidak mampu hadapi, mau jumpa si anti lagi kah mau tilik nasib saya, mau tambah masalah lagi kah!!” bilang si shantia sambil dia nangis-nangis. Terus laju-laju si shantia berdiri dia kasi tingal ja si mez. Baru si mez mau panggil si shantia tapi terdiam dia sebab laju betul si shantia masuk dalam rumah. Si mez kasi hembus nafas panjang-panjang sambil dia latak tangan dia di dahi. “budu bah kau mez” bisik si mez dalam hati.
Hari pun sudah malam. Si shantia duduk 1 orang sambil dia tengok berita. Dia kasi naik kaki dia di atas sofa sambil dia kasi lilit selimut di badan dia sebab sejuk betul tu malam. Tiba-tiba “toktok..toktok..toktok..” kena ketuk tu pintu rumah. “shantia saya ni, si mez”. Bilang si mez di luar. Si shantia tengok ja tu pintu sekejap. “masuk lah tidak kena kunci juga tu”. Bilang si shantia pastu dia tengok lagi di tv.
Si mez buka tu pintu pastu dia masuk dan dia berdiri sekejap di pintu. Lama juga dia tengok tempat si shantia. “kenapa kau tidak kunci pintu, macam mana kalau ada penjahat masuk”. Bilang si mez dengan muka dia yang serius.
“macam lah ada penjahat yang berani masuk ni rumah si mama yang ada hantu”. Bilang si shantia sambil tu mata dia masih di tv.
Diam si mez. Pelan-pelan dia dia tutup tu pintu. Pastu dia jalan pg dekat si shantia.
“kenapa kau tiba-tiba berani, bukan yang tadi siang kau nangis-nangis kah tu sebab tu hantu kacau kau”. Bilang si mez menyindir. Terus tajam tu pandangan si shantia meningu tempat si mez. Tidak lama tu laju-laju si shantia pg umban si mez guna bantal. “oii!!” bilang si mez sambil dia ketawa. Si shantia pun ketawa. Betingu ja dorang sekejap. Pastu laju-laju si mez pg dekat si shantia, dia kasi gelitik pinggang si shantia, dia kunci tangan si shantia. “mez!! Jangan!!’ bilang si shantia sambil dia ketawa berabis. “mana kau mau lari ha… mana!!” bilang si mez sambil dia gelitik si shantia. tiba-tiba diam dorang sekejap. Betingu ja dorang. Terus si shantia teringat yang memory dia sama si mez masa dorang masih sekolah, dorang selalu sama-sama, belajar sama-sama, main sama-sama. Tiba-tiba merah muka si shantia. laju dia dia kasi pindah pandangan dia tempat lain. Pelan-pelan si mez kasi lepas tangan si shantia. lepastu dia duduk di sofa di sebelah si shantia. “ehemmm”. Bilang si mez, dia kasi bunyi kerongkong dia yang tiada juga hingus. Diam dorang sekejap sambil dorang tengok ja tu berita di tv tapi fikiran dorang bukan sama tu berita tapi melayang di memory dorang masa dulu-dulu.
Tiba-tiba dorang dua terdengar suara di luar tu rumah. “sanggup lagi saya kematian anak saya daripada saya kasi kawin dorang darah daging saya sendiriiiiii!!!” bilang tu suara dengan garang, suara si maria. Laju si shantia sama si mez pusing belakang. Pastu dorang betingu sekejap. Terus laju si shantia lumpat tempat si mez. “mez!!” bilang si shantia ketakutan sambil dia peluk tangan si mez. Diam dorang sekejap. Tiba-tiba ada suara beteriak di luar rumah. “arhhhhhhhhhh”. Suara si maria. “mez..” bilang si shantia ketakutan.
Pelan-pelan si mez berdiri. “mez kau pg mana”. Bilang si shantia dengan nada suara yang pelan sambil dia ketakutan. ‘shhhh”. Bilang si mez dengan serius sambil dia letak jari telunjuk dia di bibir dia. “sini-sini kau, saya pg chek dulu” bilang si mez.
“jangan!!” bilang si shantia dia duduk di sofa. Tapi sia mez tidak kasi peduli si shantia.
Pelan-pelan si mez jalan pg dekat tu pintu. “mezzzzz”. Bilang si hantia berbisik sambil dia menangis. Si mez tengok ja si shantia, dia tidak kasi peduli. Pastu si mez jalan dekat tu pintu. Pelan-pelan dia buka tu pintu. Pelan-pelan si mez kasi keluar kepala dia di pintu sambil dia tengok-tengok di sekeliling tapi tiada apa-apa juga. si mez tengok si shantia sekejap sebelum dia jalan keluar dari tu pintu. Dia tengok-tengok sekitar tu rumah tapi tiada apa-apa juga. pelan-pelan si shantia dekat tu pintu sambil dia ketakutan. “,mez masuk lah” bilang si shantia dengan nada suara yang pelan. Baru si mez mau jalan masuk tu rumah, tiba-tiba laju tu pintu tertutup sendiri “bakkkkk”. Macam yang kena hempas tu pintu. Teriak si shantia di dalam tekejut. “shantiaaaa!!” bilang si mez teriak pastu belari si mez pg di pintu, berabis si mez tulak-tulak tu pintu tapi tidak dapat buka. “shantiaaaa!’ bilang lagi si mez sambil deras nafas dia.
“mezzz”. Bilang si shantia dari dalam sambil dia nangis-nangis dan dia pukul-pukul tu pintu. Tiba-tiba ada suara di belakang si shantia. “grrrrrrrrrrrrrr”. Bilang tu suara, suara mengerang. Terdiam si shantia, nafas dia yang deras pun tiba-tiba berenti. Besar mata si shantia. pelan-pelan si shantia pusing belakang sambil nangis-nangis lagi dia tapi dia control tu nangis dia.
Berdiri tu lembaga hitam panjang rambut ada asap di sekeliling dia. “grrrrrrrrr” bilang tu lembaga. Besar mata si shantia meningu, dia mau teriak pun tidak dapat sudah. Terus tiba-tiba laju tu lembaga hitam terbang tempat si shantia. dia berdiri depan si shantia. betingu ja dorang sekejap. Tiba-tiba tu lembaga hitam pigi tarik si shantia, dia kasih hempas si shantia di siling. Terus tiba-tiba dapat sudah si shantia teriak, teriak si shantia ketakutan. “arhhhhhhhhhh”. Bilang si shantia ketakutan. “shantiaaaaa!” bilang si mez di luar lepas saja dia dengar si shantia teriak. Berabis sudah dia tandang-tandang tu pintu pun tidak juga tebuka.
Diam si shantia sekejap. Pelan-pelan dia buka mata dia. Tekejut dia tu lembaga sana di bawah meningu tempat si shantia. garang tu muka, panjang tu lidah dan hitam tu muka dia macam yang terbakar. Baru si shantia mau teriak, terus macam ada cahaya putih terang betul menyulu di mata dia.
Penglihatan shantia…
Diam si shantia sekejap. dia tengok di sekeliling baru dia perasan dia di luar rumah. Tiba-tiba si shantia terdengar suara teriak dalam tu rumah “arhhhhhhhhhhhh” bilang tu suara, suara si maria.tekejut si shantia. deras nafas si shantia. pelan-pelan dia jalan pg dekat tu pintu. Pelan-pelan si shantia tulak tu pintu. Besar mata si shantia bila dia Nampak si maria terapung di udara. Dan banyak orang-orang di sekeliling si maria membaca mantera dalam bahasa yang si shantia tidak faham. “arhhhhhhhhhh”. Teriak si maria macam yang kesakitan. Tiba-tiba diam si maria. Dan lepas tu jatuh si maria di atas lantai. Sikit lagi si shantia telumpat sebab tekejut. “grrrrrrrrrrr” bilang tu suara dari belakang si shantia. laju si shantia pusing. Belum sempat si shantia teriak , laju tu lembaga hitam terbang tempat si shantia dan terus ada lagi cahaya terang betul kena suluh di mata si shantia sampai si shantia tidak Nampak apa-apa sebab silau.
Pelan-pelan tu cahaya terang hilang dari mata si shantia. si shantia tengok di sekeliling dia, dia berada di dalam bilik bawah tanah tapi dia tidak pernah pg tu tempat sebelum ni. Tiba-tiba ada suara di sebelah tu langsir di depan si shantia.
“yaksham ni zoknam shik hagnashagaman shi zohgda” bilang tu suara, sedang membaca mantera. Pelan-pelan si shantia buka tu langsir sambil deras nafas dia. Belum sempat dia buka tu langsir terus keluar tu lembaga hitam dari belakang tu langsir. Tegustan si shantia sebab terkejut. Tu lembaga hitam tengok ja si shantia sebelum tu lembaga hitam kasi siring tu langsir.
“arhhhhhhhhhhh” bilang si maria teriak dengan sangat nyaring. Ada 1 roh kegelapan yang masuk dalam badan dia. Dan ada 4 lembaga hitam mengelilingi si maria sambil dorang baca mantera dalam bahasa asing dengan serentak. “siv lak nayaskah” bilang si maria dengan nada suara yang kesakit dan kemudian pelan-pelan dia jalan masuk di dalam ni 1 bilik yang gelap.
Kehairanan si shantia. dia tidak pernah dengar tu bahasa yang si maria cakap tapi jauh di lubuk hati dia, ada suata pengertian tentang apa yang si maria cakap “iblis ini harus di kurung selamanya” bilang tu bisikan hati si shantia.
“sikkkkkkk” bilang tu lembaga hitam serentak terus macam ada rantai hitam mengikat si maria. Teriak si maria tapi suara dia garau betul.
“mahhhhh!!” bilang si shantia automatic ja dia terteriak memanggil si maria.
Tiba-tiba tu, ada suara berbisik di telinga si shantia “shantia pulang” bilang tu suara. Dan lepas tu tiba-tiba ada cahaya terang betul kena suluh di mata si shantia sampai silau tu penglihatan dia
Pelan-pelan si shantia buka mata dia. Silau betul tu mata dia sebab ada lampu di atas. Pelan-pelan hilang tu silau dan lepas tu jelas sudah tu penglihatan si shantia. “tit..tit..tit’ tu ja bunyi yang si shantia dengar di sekeliling dia. Pelan-pelan dia tengok di sekeliling. Putih tu warna bilik. Di sebelah kanan si shantia ada mesen monitor nadi si shantia yang berhubung di tangan dia. Dan ada hos oksigen di hidung dia. Si shantia cuba untuk bangun tapi lemah betul badan dia, tiada tenaga. Give up si shantia mau bangun. Pelan-pelan tu memory dia datang, tentang tu penglihatan dia masa dia di rumah. Kusut fikiran si shantia tapi dia diam ja dan dia baring ja.
Tidak lama tu datang si mez dan si nina. “kak”. Bilang si nina dengan nada suara yang pelan. Risau tu muka dia. Merah mata si nina sebab dia baru lepas menangis. Pelan-pelan si shantia tengok muka si nina dan si mez.
“saya di mana ni” bilang si shantia. pelan suara dia dan serak sebab kering kerongkong dia.
“kau di hospital. Si mez jumpa kau di bilik bawa tanah” bilang si nina sambil dia tuang air di gelas dan lepas tu pelan-pelan dia kasi minum si shantia. diam ja si shantia lepas dia dengar si nina cakap bilik bawah tanah. Pelan-pelan si shantia tengok si mez. Senyum ja si mez. “macam mana sia boleh ada di bilik bawah tanah”. Bilang si shantia. lemah tu suara dia.
“kami pun tidak tau. Mau setengah hari juga kami cari kau. Polis pun datang juga pg mencari dalam tu rumah, di sekeliling rumah, di hutan. dan yang last sudah kami pg di bilik bawah tanah, sana lah kami jumpa kau terbaring dan kau haidrasi kekurangan air dalam badan”. Bilang si mez sambil dia dekat si shantia dan dia pegang tangan si shantia. diam si mez sekejap. “bilang doctor, dalam badan kau banyak betuk kesan dadah. Macam ubat tidur. Dan ni ubat tidur kalau selalu ambil boleh menyebabkan orang berhalusinasi”. Bilang si mez sambil dia tunduk. Diam si shantia bila dia dengar tu perkataan ubat tidur. Terus si shantia teringat yang dia selalu tidak dapat tidur, dan sebab tu lah dia selalu makan ubat tidur. Kadang-kadang sebab stress, dia tidak dapat tidur dan sebab itu lah dia makan ubat tidur.
Si shantia tutup mata dia sekejap. pastu tajam tu pandangan si shantia sama si mez dan si nina. “jadi apa yang saya alami sekarang, apa yang saya cerita sama kamu yang saya kena kacau.. kamu anggap ni semua sebab saya punya halusinasi kah, sebab ubat tidur yang saya makan!” bilang si shantia dengan marah tapi suara dia masih lagi serak. Terbatuk-batuk lagi si shantia. “kak”. Bilang si nina laju-laju dia dekat si shantia. “hmmm” bilang si nina mengeluh.
“kak.. kami tiada cakap yang kau berhalusinasi, doctor cakap yang kau selalu ambil ubat tidur, tu ja. Kau pun tiada kasi tau kami yang kau selalu ambil ubat tidur. Dan semua yang kau cerita, yang kau kena ganggu tu.. memang kami percaya, sebab kita semua pun ada pengalaman yang sama juga sejak dari kecil lagi”. Bilang si nina sambil dia kasi sabar-sabar si shantia. diam ja si shantia sambil dia kasi pusing kepala dia di sebelah menghadap dinding. Menitis air mata si shantia.
Sekitar jam 9pm lepas saja si mez hantar makanan si shantia, terus dia keluar dari tu hospital. Tapi dia selekoh lagi mau pg di tandas. Sudah dia siap kencing, si mez jalan pg di kereta dia. Dia masuk dalam kereta, dia kasi hidup injin kereta. Dan baru dia mau start jalan, tiba-tiba ada perempuan di belakang dia.
“mez” bilang tu suara.
“arhhhhhh”. Teteriak si mez sebab dia terkejut. Laju dia pusing belakang. Rupanya si shantia, masih lagi dengan baju hospital. Diam ja si shantia.
“shantia!” bilang si mez sambil bekerut dahi dia. “ke..kenapa kau di sini”. Bilang si mez kerisauan.
“mez tolong saya , bawa saya balik di rumah kami. Ada sesuatu yang saya perlu tau”. Bilang si shantia dengan suara dia yang lemah. Diam ja si mez sambil dia tengok ja muka si shantia yang kesian betul.
“percaya saja saya. Nanti saya kasi cerita kau”. Bilang si shantia. lama juga dorang betingu sebelum si mez mengalah saja mau bawa si shantia balik di rumah biar pun dia sangat risau dengan keadaan si shantia.
“bah..yala”. bilang si mez. Pastu laju-laju dia turun dari kereta sebab dia mau kasi pindah si shantia di bangku depan sambil dia tengok-tengok sekeliling kalau-kalau ada staf hospital yang Nampak. “budu betul kau ni mez” bisik hati si mez.
Sampai di depan rumah, diam dorang sekejap. sambil betingu ja dorang. Si mez tengok di rumah, gelap ja tu rumah tiada lampu kena pasang. “mez kau tunggu ja saya sini” bilang si shantia sambil dia buka tu pintu kereta dan dia turun.
“shantia!” bilang si mez. teriak dia. Laju-laju dia keluar sambil dia belari pg tempat si shantia. kuat si mez peggang tangan si shantia. betingu dorang sekejap.
“mez.. percaya saja sama saya. Biar saya masuk sendiri. Kau tunggu ja saya sini. Kalau ada apa-apa yang terjadi sama saya, baru kau masuk” bilang si shantia sambil tersenyum. Kehairanan si mez sebab tiba-tiba si shantia senyum.
“macam mana saya mau tau kalau ada apa-apa yang terjadi sama kau” bilang si mez sambil risau betul muka dia.
“ikut naluri kau” bilang si shantia sambil dia kasi lepas tu genggaman tangan si mez yang kuat. Pastu si shantia jalan mau masuk dalam tu rumah.
“shantia!!” bilang si mez dari belakang si shantia. teberenti si shantia. pelan-pelan dia pusing mau meningu tempat si mez. “ hati-hati” bilang si mez sambil muka dia tu terlihat betul yang sangat risau. Senyum ja si shantia pastu dia jalan masuk dalam tu rumah.
Pelan-pelan si shantia tulak tu pintu rumah. Gelap ja di dalam tapi dia masih lagi boleh Nampak samar-samar dalam tu rumah. Pelan-pelan dia jalan masuk dalam tu rumah. Dan lepas saja dia masuk, tiba-tiba tertutup sendiri tu pintu. Tapi tidak kena hempas, pelan ja tu pintu tertutup. “krekkkkk” bilang tu pintu. Laju si shantia pusing sambil deras nafas dia. Tiba-tiba ada tu lembaga hitam di depan si shantia. besar mata si shantia meningu tu lembaga hitam. Tapi ni kali si shantia tidak sudah takut tapi masih deras lagi tu nafas dia. “kenapa kau balik sini” bilang tu lembaga hitam dengan nada suara yang pelan tapi serak dan garau. Diam ja si shantia dia tidak kasi peduli. Laju si shantia jalan masuk dalam tu ruang tamu. Lepas tu dia masuk dalam dapar dan di sana ada pintu kena kunci. Terdiam si shantia sekejap lepas dia Nampak ada kendadu kena pasang di pintu. Berabis dia kasi tulak-tulak tu pintu dan dia tendang-tendang tapi tida juga tebuka tu pintu. Teriak si shantia sebab sakit hati. “arhhhhhhhh”.
Diam dia sekejap berfikir. Lepastu pusing-pusing si shantia mencari-cari sesuatu. Terus tu mata dia tertumpu di bawah sinki sebab ada paip besi di bawa tu sinki. Laju si shantia pg ambil tu paip besi lepas tu dia guna tu paip besi bikin kasi pecah tu kendadu. Mau 2 minit juga si shantia balik-balik pukul tu kendadu sampai dia terduduk sebab lemah betul badan dia sebab belum makan dan kekurangan air.
Lepas pecah sudah tu kendadu, si shantia tarik nafas dalam-dalam pastu dia berdiri sambil dia heret-heret tu paip besi. Dia buka tu pintu. Gelap ja di dalam. Mencari-cari si shantia di siring tu pintu. Dan tidak lama tu dia jumpa ada suis. Dia pasang saja tu suis terus terang tu bilik.dan Ada tangga turun bawa tanah. Tiba-tiba keluar tu lembaga hitam di tangga di depan si shantia. “shantia.. sia sudah bagi kau amaran”. Bilang tu lembaga hitam dengan nada suara yang pelan dan serak tapi garau tu suara.
Marah betul si shantia. dia tida takut sudah. “jangan halang sayaaa!!” bilang shantia sambil dia teriak sekuat hati dia dan lepas tu dia pg umban tu lembaga hitam guna tu paip besi. Terus hilang tu lembaga hitam. “shantiaaaaaa”. Bilang tu suara lembaga kedengaran jauh betul. “panggggg” bunyi yang paip besi yang si shantia pg umban.
Deras nafas si shantia. laju dia turun dari tu tangga. Pusing-pusing si shantia mencari-cari. “mah.. mana kau “ bilang si shantia. sambil dia mula menangis sudah. Si shantia pusing-pusing tu bilik tanah yang kecil saja. dia tulak tu meja, tulak tu almari, dia tengok-tengok di lantai kalau-kalau ada pintu lagi tapi dia tiada juga jumpa apa-apa. “mah!! Bah… mana kau menghilang” bilang si shantia sambil nangis-nangis. Sambil dia teringat memory dia masa dia kecil-kecil. Mama dia peggang tangan dia di taman bunga, di kebun. Dia teringat memory dia sama mama dia masa mama dia mengajar si shantia menulis dan mengeja nama si shantia. berlutut si shantia sambil dia menangis dan dia tarik-tarik rambut dia.
“mah.. siou selama ni saya benci kau. Siou mah selama 10 tahun saya benci kau dan saya tida pulang kampung jumpa kau.. mah, sia minta ampun”. Bilang si shantia sambil menangis-nangis dan teriak-teriak. Lama juga dia nangis sambil dia baring lagi di lantai.
Dan tiba-tiba tu, terdiam si shantia. sebab ada angin yang meniup di muka dia dan ada bau wangi bunga. Laju si shantia bangun. Pastu dia kasi tunduk kepala dia di lantai mau rasa di mana arah tu angin tapi tiada sudah tu angin. Tapi si shantia tida putus asa. Terus juga si shantia tunduk sambil dia jalan di kiri kanan, belakang depan mau rasa kalau-kalau ada lagi tu angina. Dan tiba-tiba ada lagi tu angin meniup di muka si shantia sambil ada bau wangi bunga. Terdiam si shantia. pelan-pelan dia tengok tu arah angina datang. Sana di celah-celah dinding kayu di depan dia. Diam sekejap si shantia. dia tengok ja tu dinding kayu. Dan lepas tu laju-laju dia belari pg di dinding. Dia kasi dekat mata dia di celah tu kayu. Betul-betul ada angin bertiup dari tu dinding dan ada 1 bilik lagi di belakang tu dinding. Belari si shantia mencari-cari sesuatu. Dia angkat yang almari yang dia kasi rebah. “arhhhh” bilang si shantia teriak mau mengangkat tu almari. Tida juga berat betul tapi memang tiada sudah tenaga dia mau mengangkat. Dia buka tu laci almari mau cari-cari sesuatu. Terdiam si shantia lepas saja dia tejumpa besi bikin cungkil. Dia tengok sekejap tu dinding sebelum dia jalan pg dekat tu dinding.
Berabis dia cungkil-cungkil tu kayu tapi tida dapat buka sebab keras betul , ngam-ngam beruti bersusun tu kayu kena kasi jadi dinding dan banyak paku kena paku di kayu. Tapi si shantia tida putus asa. Sambil nangis-nangis si shantia mau mencukil sampai dia terduduk tapi tetap juga tida tebuka tu kayu. “mahhhh” bilang si shantia nangis sambil teriak-teriak. Dan masa tu lah si mez sampai. “shantia!!” bilang si mez di atas tangga. Pelan-pelan si shantia pusing. “mez…” bilang si shantia nangis-nangis. Laju si mez belari turun dari tu tangga. Laju dia pg dekat tempat si shantia. “shantia..kau tiada apa-apa juga” bilang si mez sambil tu muka dia risau betul. “mez… mama. . mama sana dalam” bilang si shantia nangis-nangis sambil dia tunjuk tu dinding kayu. Pelan-pelan si mez tengok di dinding. Lepas tu dia Nampak tu besi di tangan si shantia , terus laju-laju dia ambil dan dia pg cungkil tu kayu. Lama juga si mez cungkil tu kayu. 4 saya tu kayu terbuka pun deras sudah nafas si mez, bepeluh-peluh sudah dia. Pelan-pelan si shantia pg dekat si mez sambil mata dia mencari-cari dalam tu bilik yang gelap betul. Dan ada angin pelan dari tu bilik dan ada bau bunga. Baru si shantia mau melangkah masuk dalam tu bilik, tiba-tiba ada asap hitam keluar dari tu bilik sambil ada suara ketawa. “hahahahahahahahahahaha” bilang tu suara. Sampai terjatuh si shantia di belakang tapi sempat juga si mez pg sambut si shantia. ketakutan dorang sebab kuat betul tu angina dan tebal betul tu asap hitam dalam tu bilik. Dan tida lama tu pelan-pelan hilang tu asap hitam dan tu angina pun pelan-pelan hilang. Betingu si shantia dan si mez sekejap. bepeluk dorang. Pastu pelan-pelan si shantia kasi pusing kepala dia mau meningu di arah tu bilik di belakang tu dinding kayu. Masih lagi ada angin pelan dan ada bau bunga. Si mez kasi bediri si shantia sambil dia peggang tangan si shantia kuat-kuat. Betingu dorang sekejap. pastu pelan-pelan dorang masuk dalam tu bilik. Terdiam si shantia bila dia Nampak ada orang dalam tu bilik. Baring-baring di atas tanah da nada banyak bunga di sekeliling dia. Pelan-pelan si shantia pg dekat tu orang sambil mengalir air mata dia. Dan rupa- Rupanya mayat si maria. Pucat muka si maria tapi muka dia macam senyum dan macam tidur. Laju si shantia pg peluk si mez sambil dia membelakang tu mayat si maria. Menangis si shantia. si mez pun diam ja sambil dia gusuk-gusuk belakang si shantia.
Pagi Keesokan hari dia. Banyak polis dan ambulance di rumah dorang si shantia. diam ja si shantia duduk di dalam kereta tu ambulance sambil si nina kasi pakai dia selimut sebab sejuk betul masa tu. Tida lama lepas tu, ada beberapa orang yang angkat tu mayat si maria dalam bungkusan plastic hitam keluar dari tu rumah. Laju-laju si shantia peluk si nina sambil dia menangis. “shuuu.. sudah lah kak. Yang penting mama sudah kena jumpa” bilang si nina sambil dia gusuk-gusuk belakang si shantia.
Seminggu selepas mayat si maria kena kubur, akhirnya si shantia balik sudah di Copenhagen. Si shantia duduk depan laptop dia sambil dia update kerja-kerja office. Kadang-kadang dia tengok di luar jendela sebab di luar kuat betul hujan. Tiba-tiba tergerak hati si shantia mau type di google pasal kes mama dia. Masa dia scroll down, ada kes yang serupa dengan kes mama dia, “kes kehilangan lily” bilang si shantia sambil di baca-baca tu artikal. Tiba-tiba bebunyi telefon si shantia. pelan-pelan dia tengok tu nama contact yang terpapar di skrin telepon dia. Nama si mez. laju-laju si shantia sambut sambil dia senyum sendiri.
“hai mez” bilang si shantia sambil dia tersenyum dan dia jalan pg di dapur mau ambil jus oren di aisbox. Masa dia baru mau jalan tiba-tiba ada bunyi high pitch dalam tu telefon sampai si shantia kasi jauh tu telefon dia dari telinga sebab sakit betul telinga dia. Bekerut dahi si shantia. dia tengok ja tu telefon sekejap. dan lepas tu pelan-pelan dia kasi dekat tu telefon di telinga dia. “helo.. mez” bilang si shantia tapi terputus sudah panggilan. Tiba-tiba ada lagi tu bunyi high pitch. Tapi kali ni di dalam tu ruangan rumah. Laju si shantia tutup telinga dia sambil dia tutup mata dia. Lepas saja hilang tu bunyi, pelan-pelan si shantia buka mata dia dan dia kasi turun tangan dia. Kehairanan si shantia sambil dia tingu-tingu di sekeliling tu ruang rumah. Terdiam si shantia sekejap sebab macam ada benda di atas sofa yang dekat pintu. Pelan-pelan si shantia pg dekat tu sofa sambil bekerut dahi dia. Besar mata si shantia sebab tu kalung sana di atas tu sofa, yang kalung ada buah segi 3 dan ada bentuk mata di tengah. Kehairanan si shantia sambil dia tengok-tengok di sekeliling dia. Pelan-pelan dia pg ambil tu kalung. Lama juga dia tengok ja tu kalung. Dan tida lama tu tiba-tiba ada suara di belakang dia “shantiaaaa!” bilang tu suara. Teteriak si shantia sambil laju-laju dia pusing. Ada lembaga hitam di belakang dia, laju tu lembaga hitam terbang tempat si shantia. kena kotol si shantia “saya sudah bagi kau amaran!”” bilang tu lembaga dengan garang. Dan tiba-tiba ada cahaya terang menyuluh di mata si shantia sampai silau penglihatan dia.
Penglihatan shantia…
Pelan-pelan tu silau cahaya hilang dari mata si shantia. pelan-pelan si shantia buka mata dia. Kehairanan si shantia sebab dia di tengah-tengah hutan. pusing-pusing si shantia meningu di sekeliling. Dan tiba-tiba ada suara. “shantia anak mama”. Bilang tu suara, suara si maria. Teberenti si shantia dari pusing-pusing di hutan. pelan-pelan si shantia pusing belakang. Tekejut si shantia sebab si maria berdiri di depan dia, sekitar 50meter macam tu. Hitam tu baju si maria dan rambut dia putih panjang sama lurus beralun macam ada angin yang pg tiup-tiup tu rambut dia. Di belakang si maria ada 4 lembaga hitam tinggi dari si maria. Panjang rambut tu lembaga dan ada asap hitam di sekeliling dorang. Tekejut si shantia tapi dia tida juga takut. Diam ja si shantia sambil dia tengok ja si maria.
Senyum ja si maria. Dan tiba-tiba terus sedih tu muka si maria. “shantia anak mama.. kenapa kami halang kau dari datang ni pulau sebab kami tau, kau lah harapan tu iblis untuk melepaskan diri. Dan sekarang dia sudah terlepas dan akan banyak lagi bahaya yang akan menunggu kamu di masa hadapan. Dan masa tu, saya tidak dapat tolong kamu sudah. Tapi ingat shantia anak mama… jangan pernah kasi lepas tu kalung dari leher kau, itu akan melindungi kau dari tu iblis”. Bilang si maria. Pelan-pelan si shantia tengok tu kalung di leher dia. Kalung dengan buah segi 3 dan ada mata di tengah.
Tiba-tiba menangis si maria. “selama saya mengamal kan ilmu hitam, saya buat perjanjian dengan tu iblis agar dia bagi saya kuasa di atas dunia dengan ganti, saya akan bagi persembahan darah manusia sama dia. Tapi makin lama, makin banyak darah orang yang saya kasi tumpah, saya rasa dosa saya betul-betul menghantui hidup saya. Setelah saya mau kasi tamat ni perjanjian, dia mau ganti darah dan nyawa anak saya. Saya tidak sangup……” bilang si maria sambil dia menangis-nangis.
“sehinggalah saya ambil keputusan untuk kurung dia dalam jasad saya dan kurung dia dengan jampi yang tidak akan di pecahkan oleh siapa-siapa. tapi.. sekarang, tu iblis sudah terlepas sebab … kauuuu!!” bilang si maria tiba-tiba buruk muka dia. Laju-laju si maria tunduk sambil dia nangis.
Tergustan si shantia sebab dia terkejut.
“selamat tinggal shantia anak mama” bilang si maria. Dan tidak lama tu terus si maria hilang dalam tu kegelapan malam.
Terus si shantia tersedar dari tu penglihatan. “haaaaaaaa…” dalam si shantia tarik nafas seolah-olah dia baru keluar dari air. Laju-laju dia peggang-peggang leher dia sebab tu lembaga hitam pg kotol dia tadi, dan dia tengok sekeliling dia. Kehairanan dia sebab dia bukan di hutan tapi di dalam rumah sudah. Diam si shantia terduduk dan bersandar dia di dinding. Tiba-tiba dia teringat si nina. Terus laju-laju dia berdiri dan dia call si nina sambil tu muka dia risau betul.
Di pulau faroe…
Menyanyi si nina sambil dia buang sampah di luar. Dia masuk dalam rumah dan dia tutup tu pintu. Baru dia mau jalan, tiba-tiba bebunyi telefon dia. “ehh kakak call” bilang si nina sambil tersenyum lepas dia Nampak tu nama si shantia di skrin telefon. Belum sempat dia sambut tu call, tiba-tiba terbuka sendiri tu pintu di belakang si nina. “krekkkkk” bilang tu pintu pelan-pelan terbuka. Pelan-pelan si nina pusing mau meningu tu pintu. Besar betul tu mata si nina sebab ada sesuatu yang dia Nampak dan buat dia terkejut di depan tu pintu sampai terlepas tu telefon yang masih berbunyi dari tangan dia.
~Akan bersambung…
Comments
Post a Comment